Rentetan peristiwa Demonstrasi ISA pada 1 Ogos '09 yang lalu...
Sepertimana yang diketahui, Perhimpunan membantah dan menyokong ISA yang diadakan di ibu negara tidak mendapat kelulusan polis dan ia adalah satu perhimpunan haram yang melanggar undang2. Pelbagai cara diusahakan oleh KDN untuk menyampaikan peringatan kepada rakyat supaya tidak menyertai demonstrasi ini termasuklah melalui media massa, media cetak, blog, web, dan sebagainya. Hampir seminggu KDN dan PDRM berusaha menyampaikan peringatan tersebut, namun tiada endah oleh rakyat. Berbeza dengan PR yang berjaya menarik perhatian rakyat supaya berdemonstrasi di jalanan.
Alahai, apelah nak jadi dengan rakyat Malaysia ni...senang-senang sangat terikut untuk berdemonstrasi.... Apa yang dapat??? Siapa yang dapat??? Cuba la hangpa pikiq betui2 no.
Apa yang dapat ? Siapa yang dapat ?
- Penganjur berbangga kerana program anjuran mereka mendapat sambutan yang menggalakkan. Seolah sejumlah yang hadir adalah ahli dan penyokong PR, padahal yang hadir adalah termasuk 1) yang menentang ISA , 2) yang membenci UMNO, 3) yang suka berdemonstrasi, 4) yang teman kawan-kawan sahaja , 5) Student yang buat reunion, 6) yang membenci Hishamudin, 7) yang membenci polis, 8) yang mahu glamour dapat masuk TV, demo di barisan hadapan siut, 9) yang mahu cuba merasai gas pemedih mata, dan air water canon.
- Kerajaan mendapat susah. Terpaksa mengerahkan pasukan penguatkuasaannya mententeramkan keadaan dan mencegah keadaan yang semakin buruk. Habis, yang mana diberi cuti, dibekukan. Polis, bomba, JPJ, RELA, Tentera, semuanya standby. Tunggu dikerah sahaja.
- Polis pun dapat susah. Polis kene standby di lokasi kejadian, kene bekerja keras mengawal protestor. Portestor ni, bila sudah ramai, mereka rasa kuat, dan seolah lupa ada penguasa polis. Polis terpaksa membuat tangkapan, 500 lebih tangkapan telah dibuat. Banyak tuh. Tentu mereka penat. Nak mereman lagi...
- Wartawan dapat habuan. Ramai wartawan yang berpusu-pusu ke lokasi kejadian. Banyak video dan gambar yang dirakamkan. Ber tape-tape yang digunakan. Wartawan berebut ambil gambar bila ada perusuh, bila ada polis melawan perusuh, bila polis cuba menangkap protestors. Seronok tengok wartawan macam semut jumpe pisang.
- Peniaga mengalami kerugian. Banyak peniaga yang rugi, gara-gara perhimpunan ini menjadi tidak aman. Polis mengawal keadaan, protestors lari lintang pukang, gerai-gerai pun mereka langgar. Yang bodohnya, mereka lari ke kawasan gerai-gerai, so, dengan gerai-gerai la habis kene water canon polis. Pak gerai, ko marahla sama protestors.
- Peguam dapat habuan. Peguam banyak meyampaikan bisnes card mereka di kawasan kejadian, Peguam ini bijak2, mereka sudah tahu, rakyat akan mencari mereka, untuk saman pihak tertentu, untuk membuat tuntutan gantirugi dan sebagainya.
- Kerajaan Malaysia mendapat malu. Satu dunia tahu, kejadian demonstrasi ini, Al Jazeera, CNN, semuanya membuat liputan. Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran, sudah tiada lagi. Rakyat Malaysia kan terkenal dengan sifat agresif, menentang... so, tidak hairan jika AS, Perancis, mendakwa Malaysia adalah lokasi pengganas menyembunyikan diri. Apakah sangkalan AS, Perancis ini benar?? Dengan kejadian huru hara yang berlaku, Malaysia telah membuka pekung di dada.
So, fikir-fikir la yerk Rakyat Sekalian. Anda sudah dipermainkan oleh pihak tertentu. Sekarang, macam-macam timbul. Isu saman menyaman. Peniaga saman penganjur, peniaga saman polis, kerajaan. Kerajaan menyalahkan penganjur, penganjur menyalah kerajaan. MACAM-MACAM ADA...
Persoalan yang timbul
- Mengapa demonstrasi tidak dibuat dikawasan tertutup seperti stadium, hotel dan sebagainya? Tiada budget ka??? Haha..
- Mengapa penganjur suka mengajak rakyat beramai-ramai berhimpun? Mahu popular kot.
- Mengapa penganjur tidak menghantar sendiri sahaja ke Istana Negara tanpa berdemonstrasi? Mereka juga boleh menghebahkan kepada umum melalui Media. Tak popular kot cara ni.
- Mengapa penganjur tidak memohon maaf kepada peniaga yang terlibat mengalami kerugian? Polis datang, aku lari la.
- Mengapa penganjur tetap melaksanakan demonstrasi walaupun tiada permit dan sudah menjangka kehadiran polis untuk menyuraikan mereka? Penganjur malu untuk membatalkan sebab hebahan telah dibuat kepada rakyat.
- Mengapa peniaga tetap mahu berniaga sedangkan tahu akan berlaku kekecohan di sekitar bandaraya? Saja, mana tahu mendapat untung bila ada pihak yang disaman.
- Mengapa ada peniaga yang bodoh ingin menyalahkan polis kerana menyuraikan perhimpunan haram? Peniaga belaja xtinggi. haha
So, hangpa, fikir2 la... Lain orang lain buah fikirannya. Sedangkan famili pun tak terjaga, apatah mahu menjaga satu Malaysia, satu negara. Bukan senang taw!
Menentang Bukan Cara Kita. PAS pun sudah lupa cara bermusyuarah yang dianjurkan Nabi SAW.